Connect with us

Oh! Media

(Video) Giliran Pasukan Real Madrid Pula Belajar Tulisan Jawi

Ohmedia2btulisan2bjawi2breal2bmadridpng

Umum

(Video) Giliran Pasukan Real Madrid Pula Belajar Tulisan Jawi

Selepas pasukan Juventus menggayakan nama pemain dengan tulisan Jawi atau tulisan kaligrafi traditional Arab, kini pasukan Real Madrid pula mengikut jejak langkah mereka.

Pasukan Real Madrid dan Atletico Madrid sebenarnya sudah beberapa hari berada di Arab Saudi bagi menghadapi final Supercopa de Espana dimana Real Madrid telah berjaya mendapat 4-1 sepakan penalti selepas terikat 0-0 dan menjuarai perlawanan akhir ini.

Sebelum perlawanan, pasukan Real Madrid telah melakukan sesi latihan dan mereka telah melakukan satu cabaran dimana para pemain perlu meneka nama mereka dalam bahasa Jawi.

IKLAN

Situasi lucu ini dikongsikan di Twitter rasmi Real Madrid dan Lucas dan Alvaro dilihat berjaya meneka beberapa nama rakan pasukan mereka.


Walaupun, mungkin diorang main tembak jer teka nama rakan dalam tulisan Jawi, tapi itu satu cubaan yang amat baik. Untuk pengetahuan korang, aktiviti ini adalah salah satu cara La Liga mempromosikan liga mereka di kalangan masyarakat Arab.

Bagi Ohmedia, ini juga membuktikan mereka yakin dan berani untuk mencuba dan mempelajari benda baru tanpa mengubah identiti diri mereka yang sebenar. Ini tidak, belajar Jawi sudah boleh dikata memeluk Islam. Mana punya fikiran ni?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas