Oh! Artis
“Kalau Kat Highway, Aku Kanan Je” – Influencer Bangga Pakai Kancil Turbo, Tak Kisah Kena ‘Judge’
Pada
Oleh
Pempengaruh terkenal media sosial, Imran Bard meluahkan rasa bangga memandu kereta jenama Perodua Kancil miliknya.
Dalam satu rakaman video, pempengaruh yang mempunyai karakter lucu itu memberi motivasi kepada semua supaya tak rendah diri memandu kereta mampu milik.
@kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound – konten random ye anak²🐣
Imran Bard juga tak layan mulut-mulut ‘mak cik bawang’ yang menghakimi anak-anak muda hanya melihat kepada aspek kebendaan.
Minta maaf cakap aku patut bangga aku bukan nak merendah diri, ini bukan masa untuk aku humble. Kancil aku turbo. Kalau kat highway tu aku kanan je. Ini adalah kebanggaan aku, ini flex yang aku boleh cakap.
Pelajar jurusan seni kulinari yang mengecap populariti drastik dalam YouTube ini memberi kata semangat supaya anak-anak muda tak ‘down’ bila direndah-rendahkan orang lain.
Tak kisahlah dia bawak kereta apa kenapa kau nak menghakimi hidup dia. You do you sis.
Luahan pempengaruh yang terkenal dengan dialog ‘ghisau ghisau’ di TikTok itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata bersetuju meskipun terhibur dengan gaya penyampaiannya.
Kredit: TikTok @kucengnanges
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...