Oh! Negara
SPRM Panggil Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Dan KJ Untuk Disiasat Isu RM600 Bilion
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dikatakan telah dipanggil pihak SPRM.
Memetik sumber yang diperoleh Berita Harian, ketiga-tiga mereka dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna dana RM600 bilion ketika menguruskan pandemik COVID-19.
Ini berikutan pihak SPRM menerima laporan mengenai penyelewengan dalam pengurusan dana negara pada tahun 2020 ketika pandemik bermula.
Pihak Berita Harian bagaimanapun gagal mendapatkan pengesahan daripada Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki mengenai perkara ini.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM