Connect with us

Oh! Media

16 Penumpang Warga Singapura Cedera, Bas Hilang Kawalan Rempuh Treler

Polis   Oh Media

Trending

16 Penumpang Warga Singapura Cedera, Bas Hilang Kawalan Rempuh Treler

Pagi tadi berlaku satu kemalangan di mana sebuah bas ekspres telah merempuh sebuah treler di KM179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke arah utara.

BACA: (Video) Acah-Acah Buat Drift Guna Alza, Pelajar Sekolah Hilang Kawalan Sebelum Rempuh Kedai

Bas yang membawa seramai 27 penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar treler yang berada di lorong paling kiri jalan.

IKLAN

Mangsa selamat

Image 149

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam berkata, pihak mereka mendapat panggilan pada pukul 3.57 pagi dan 17 orang pegawai serta anggota daripada BBP Jasin dan Tangkak digegaskan ke lokasi kejadian.

Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kesemua 16 penumpang itu telah diberi rawatan awal. – Azman Md Dawam

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Mispani Hamdan mengesahkan bahawa kesemua penumpang yang terlibat merupakan warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kredit: Astro Awani

+  Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas