Connect with us

Oh! Media

Tular Video Bekas Suami Penyanyi Dangdut ‘Terajang’ Isteri Baru

Untitled Design   1

Trending

Tular Video Bekas Suami Penyanyi Dangdut ‘Terajang’ Isteri Baru

Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial memaparkan seorang lelaki mendera seorang wanita di sebuah rumah dan hal itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan netizen.

Kelihatan di dalam video terbabit terdapat seorang wanita dan kanak-kanak wanita, namun lokasi kejadian tidak diketahui.

Di dalam video yang dimuat naik itu, lelaki berambut panjang itu telah menarik tudung wanita tersebut sebelum mengheret mangsa serta menendang di bahagian muka berulang kali.

IKLAN

Malah, kanak-kanak perempuan yang bersebelah dengan wanita tersebut seakan-akan ketakutan dan menangis sambil mengangkat tangan tanda memohon maaf.

Difahamkan daripada kapsyen video tersebut, lelaki tersebut dikatakan adalah bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut.

Dia dera bini baru pulak tolong viralkan… dia dah dera separuh mati.

Dalam pada masa yang sama, wanita tersebut dikatakan sudah berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan laporan polis juga sudah dilakukan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas