Connect with us

Oh! Media

JDT Berjaya Tumpaskan Juara 7 Kali Liga Slovakia

msk2bzilina2bpernah2bberaksi2bdi2buefa2bchampion2bleague2b2png

Umum

JDT Berjaya Tumpaskan Juara 7 Kali Liga Slovakia

Johor Darul Ta’zim mencipta kejutan dalam perlawanan Pra Musim di Dubai selepas menewaskan Juara 7 kali Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1. Untuk pengetahuan korang, MSK Zilina sebelum ini pernah beraksi di saingan tertinggi iaitu Liga Juara-Juara Eropah. Bukan biasa-biasa ni gais!

Dalam perlawanan ini JDT sedikit pun tidak rasa gentar dan hanya perlukan 2 minit untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi Gonzalo Cabrera. Cabrera sekali lagi meledak gol kedua selepas berjaya mengelecek pemain lawan sebelum melakukan sepakan lambung cantik untuk menewaskan penjaga gol MSK Zilina.


Tersentak dengan 2 jaringan JDT, Zilina beberapa kali cuba mengatur serangan dan akhirnya Vahan Bichakhchyan berjaya maenjaringkan gol pertama Zilina hasil kesilapan Harris Harun untuk merapatkan jurang 2-1. Keputusan 2-1 kekal hingga aksi penamat dan Ohmedia puji aksi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemain JDT. JDT akan meneruskan aksi perlawanan terakhir Pra Musim di Dubai menentang Emirates FC pada hari ini.

IKLAN

+Baca respon pembaca di Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas