Connect with us

Oh! Media

Malaysia Halau 14 Pelancong Dari Wuhan Yang Cuba Mendarat Di KLIA

ohmedia2bhalau2b142bpelancong2bdari2bwuhanpng

Umum

Malaysia Halau 14 Pelancong Dari Wuhan Yang Cuba Mendarat Di KLIA

Kerajaan Malaysia melakukan tindakan pantas dengan menghantar pulang 14 pelancong dari wilayah Wuhan, China yang dikesan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari yang lalu.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana mereka dikesan dan dihalang pihak Imigresen Malaysia pada hari Selasa lalu ketika baru tiba di KLIA.

Mesyuarat jemaah menteri, saya ada menyebut mengenai tindakan-tindakan seterusnya yang diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengikut arahan dengan tidak membenarkan pelawat-pelawat dari Wuhan dan Hubei masuk ke Malaysia. Pada 28 Januari, 14 warga China dari Wuhan mendarat di KLIA, tetapi kita telah mengeluarkan arahan NOT TO LAND (NTL) dan telah pun dihantar balik ke tempat asal mereka. – Jelasnya.

Ini dapat dikesan setelah pihak imigresen melakukan semakan pasport ke atas setiap pelancong yang tiba. Semoga negara kita terus terkawal dari serangan wabak ini.

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas