Trending
“Kita Bincang Dalam Keadaan Mesra” – Ismail Sabri Nafi Terima Ugutan Dipecat UMNO
Kecoh beberapa hari yang lalu dikatakan terdapat desakan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meletakkan jawatan. Apa kes ni?
BACA: Hishammuddin Perlu Letak Jawatan Kerana Langgar SOP? Ini Penjelasan Ismail Sabri
Namun perkara itu dinafikan Ismail Sabri sambil memaklumkan bahawa perbincangan yang dilakukan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini berlangsung dalam keadaan mesra.
Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra. Tak ada isu. Kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam.
Untuk info, desas desus mengenai perkara ini mula timbul selepas Majlis Tertinggi UMNO dikatakan mendesak dan mengugut Ismail Sabri dipecat sebagai Naib Presiden jika tidak membubarkan Parlimen dengan segera.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM