Connect with us

Oh! Media

(Video) Abang Polis Buat ‘Magic’, Tiba-Tiba Muncul Tembak Kereta Lalu Lorong Kecemasan

Abangpolisbuatmagik

Trending

(Video) Abang Polis Buat ‘Magic’, Tiba-Tiba Muncul Tembak Kereta Lalu Lorong Kecemasan

Pertambahan kenderaan secara drastik di lebuhraya utama sewaktu sambutan Hari Raya Aidiladha beberapa hari yang lalu telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

BACA: Polis ‘Menyorok’ Depan Lori, Terus Pecut Kejar Kereta Guna Lorong Kecemasan

Disebabkan perlu menempuh kesesakan yang agak lama, terdapat segelintir pemandu yang tidak sabar sanggup melanggar peraturan dengan menggunakan lorong kecemasan di bahagian kiri jalan.

IKLAN

Abang polis tiba-tiba muncul daripada semak

Tular di TikTok, satu rakaman ‘dashcam’ menunjukkan sebuah kenderaan jenis Honda Civic yang memecut laju di lorong laluan kecemasan ketika kenderaan lain tabah menghadapi kesesakan lalu lintas.

@izz4hzahidah_

Nohhhhh rokiahhhhh macam magic 🤣

♬ POP! – NAYEON

Apa yang mengejutkan ialah, tanpa disangka-sangka, muncul seorang lelaki berpakaian serba putih yang menyorok di dalam semak lalu mengambil gambar kenderaan putih yang sedang memecut laju itu.

Laju-laju nak pergi mana tu?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat rakaman ‘dashcam’ itu serta ada yang turut berseloroh mengatakan pegawai polis itu sedang bermain nyorok-nyorok dengan pemandu di atas jalan raya.

Screenshot 2022 07 13 at 135619
Screenshot 2022 07 13 at 135627
Screenshot 2022 07 13 at 135706 1

Ingatlah semua, abang polis sentiasa berada di tempat yang paling kita tak jangka. Sentiasalah patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Kredit: TikTok izz4hzahidah_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas