Trending
Pembeli ‘Complaint’ Kedai Letak Syarat Kena Belanja RM20 Baru Dapat Beli Minyak Paket
Di Twitter, viral rakaman video memaparkan seorang pembeli mendakwa peniaga meletakkan syarat harus membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 baru dapat beli minyak masak paket.
BACA: Harga Minyak Botol Meningkat, Pengguna Rayu Subsidi Dikembalikan
Menerusi hantaran yang dibuat @isusemasaviral, pembeli dilihat tidak berpuas hati dan mempersoalkan mengenai undang-undang yang dikenakan itu.
Memang kebanyakan kedai macam ni. jual minyak bersyarat, kena belk barang baru boleh beli minyak. pic.twitter.com/kuJ1Zuj6jM
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) July 7, 2022
Dia turut bertanyakan sama ada di kedai itu ada jual minyak masak selain botol. Dalam rakaman itu, dapat dilihat dia masuk ke bahagian kaunter dan ambil sendiri dua paket minyak yang diletakkan di bawah.
Sekarang saya mau beli minyak masak, you mau cakap RM20 barang baru boleh dapat minyak ka? Sekarang saya mau beli, you cakap ada ka tak ada?
Mana undang-undang mari ni? Saya mahu minyak, saya tak kira.
Mana ada undang-undang, saya sendiri angkat, ada sana simpan.
Menjengah di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut tidak bersetuju dengan syarat yang diletakkan pasar raya tersebut dan meminta agar pihak berkuasa memantau perkara itu dengan segera.
Kredit: Twitter @isusemasaviral
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM