Connect with us

Oh! Media

Penarik Kereta Ditetak Sekumpulan Lelaki Sehingga Maut

Penarik Kereta Maut

Trending

Penarik Kereta Ditetak Sekumpulan Lelaki Sehingga Maut

Terdapat satu kejadian dimana seorang penarik kereta ditetak sekumpulan lelaki sehingga cedera parah di keseluruhan badan dan meninggal dunia. Apa kes ni?

BACA : Langgar Pembahagi Jalan, Wanita Tunggang Motosikal Maut

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann, Klang pagi semalam dan perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao.

IKLAN

Pihak polis menerima maklumat yang mengatakan terdapat pergaduhan berlaku sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Apabila tiba, mereka mendapati satu mayat warga tempatan yang berusia 47 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah di satu kawasan perumahan berdekatan kereta yang di parkir di bahu jalan.

Siasatan mendapati mangsa dipercayai telah diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat luka kecederaan di bahagian badan,tangan kanan,tangan kiri dan kepala.

Motif kejadian masih belum dikenalpasti dan polis masih lagi menjalankan siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pergh! Seram betul zaman sekarang ni sampai bunuh-membunuh. Diharapkan agar si pelaku dapat dikenalpasti dengan segera dan semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas