Connect with us

Oh! Media

Kumpulan Besar Imedia

Hai!

OHMEDIA adalah portal berita yang menyajikan berita terkini dan viral setiap hari untuk bacaan jutaan peminatnya. Sejak 2008 lagi, kami memperkasakan bidang ini dengan mengumpulkan pelbagai artikel secara santai, menghiburkan, dan sentiasa neutral.

Dengan sokongan jutaan pengikut di media sosial sejak dulu, kami memanfaatkan kelebihan ini sepenuhnya untuk mendidik pembaca mendapatkan berita sahih dengan lebih mudah, pantas, menarik, dan percuma sahaja setiap hari! Kami bertekad untuk tidak menjadi ‘skema’ seperti tabloid biasa, namun tetap mengutamakan penulisan yang betul dan rasmi namun tetap seronok untuk di baca.

Sebelum itu, jom jadi sebahagian daripada geng #ohmedia di pelbagai platform seperti Facebook, X (Twitter), Instagram, dan TikTok untuk mendapatkan maklumat yang lebih cepat dan tepat. Jika anda lebih gemar menggunakan Telegram dan Whatsapp untuk mendapatkan pelbagai berita terkini di Malaysia, kami juga ada di sana!

Enjoice!


Ini kisah kami.

Header Oh Media Dengan Tulisan Social Media Web  Advertising Company

Passion. Ini sebenarnya kisah bagaimana jenama ini bermula — dari seorang anak muda yang menulis blog peribadinya setiap hari. Apa yang pada mulanya dianggap sekadar diari untuk dirinya sendiri, lama-kelamaan mula menarik perhatian ribuan rakyat Malaysia. Setiap kali artikel baharu diterbitkan, ia tidak mengambil masa lama untuk menerima sambutan hangat daripada pembaca yang datang entah dari mana.

Dari situlah, perlahan-lahan pembaca setia mula hadir. Sebuah blog yang asalnya hanya mencatat kisah peribadi, kini mula diselang-selikan dengan pelbagai ulasan dan pandangan tentang isu semasa di Malaysia. Siapakah anak muda di sebalik blog ini? Dialah Khai Hassan, yang ketika itu baru berusia 17 tahun.

Masihkah anda ingat ketika media sosial belum wujud seperti hari ini? Malah istilah “media sosial” pun belum dikenali ramai. Ketika itu, blog dan forum menjadi medium utama untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat. Khai menyedari bahawa rakyat Malaysia sukar mendapatkan berita terkini yang sahih dan percuma, selain daripada bergantung kepada TV, radio, dan akhbar tradisional. Pada masa yang sama, lambakan blog ketika itu lebih banyak digunakan untuk meluah perasaan dan berkongsi kisah peribadi. Dalam kekosongan itulah, Oh Media Network diwujudkan.

Dari sebuah blog peribadi untuk suka-suka, akhirnya berkembang kepada sebuah jenama yang dikenali seperti hari ini, Oh! Media. Industri blogging ketika itu sedang berkembang pesat dan Khai berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan Top 10 Blogger & influencer terkemuka di Malaysia, dengan pengikut yang ramai dan mempunyai pengaruh yang signifikan.

Khai sign autograph dan award

Tahukah pada, sebelum nama Oh! Media ini tercipta, ianya telah bermula dengan dua laman web yang berbeza iaitu Oh! Artis dan Oh! Tidak. Ianya mula dicipta dari atas meja Mamak bertemankan sebuah laptop usang dan secawan Teh O Ais. Sehingga ke hari ini, Mamak Hameedia & Nurin di Desa Pandan masih kami anggap sebagai “office” pertama Oh! Media secara tidak rasmi yang mana pada ketika itu, WiFi percuma di sana telah digunakan sebaik mungkin tanpa prejudis tak kira siang atau malam. Wohha!

Bermula dari dunia forum.

Oh! Media Pada Tahun 2010

Asas penjenamaan Oh! Media telah bermula lebih awal dengan forum “scukz.com” sejak Khai di bangku sekolah lagi, yang ketika itu populariti forum tersebut telah menjadi satu fenomena. Fenomena ini membawa kepada pengembangan daripada sekadar kategori di dalam forum kepada beberapa siri laman web dan blog. Antara laman yang terhasil termasuk laman hiburan seperti ohartis.com, laman agama ohislam.com, dan laman bebas untuk pelbagai gambar serta fakta menarik, ohtidak.com.

Pada masa yang sama, blog peribadi juga telah berkembang pesat seperti justkhai.com, yang masih boleh diakses hingga ke hari ini dan mendapat sambutan hangat daripada ribuan pembaca setiap hari. Mengikut arus perkembangan teknologi, pada tahun 2015, semua blog dan forum ini telah digabungkan menjadi kategori di bawah satu domain utama, iaitu www.ohmedia.my yang sedang anda layari pada hari ini. Langkah ini bertujuan untuk menghimpunkan semua topik menarik dalam satu platform yang serba lengkap dan mudah diakses oleh semua.

Paparan Surat Khabar Yang Menceritakan Tentang Oh Media

Hari silih berganti, komitmen terus dicurahkan untuk meneruskan misi perkongsian pelbagai cerita menarik tanpa pernah terhenti. Usaha ini telah membawa Oh! Media disenaraikan sebagai jenama paling popular di Malaysia oleh Facebook & Social Bakers. Hari ini, Oh! Media telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk bacaan harian dan juga pilihan utama bagi pemasaran jenama mereka.

Fakta menarik: Oh! Media dibangunkan secara seorang diri sahaja oleh pengasasnya sehinggalah tahun 2018 apabila Oh! Media mengembangkan sayapnya dengan memulakan pengambilan staff secara rasmi.


Team Original Oh Media

Fokus kami pada hari ini.

Sejak dari awal, Oh Media Sdn Bhd didaftarkan sebagai sebuah jenama media dan pemasaran yang memanfaatkan medium berharga ini semaksimum mungkin. Sebagai trendsetter dalam penyajian berita dari pelbagai kategori secara santai dan bersahaja, fokus utama kami adalah untuk menjadi wacana harian paling menarik di negara ini.

 1770

Matlamat kami adalah untuk menarik minat golongan muda di Malaysia agar dapat mengetahui peristiwa terkini dengan lebih cepat, tepat, dan dalam masa yang sama, memastikan ia tetap menghiburkan untuk dibaca.

Dengan perkongsian pelbagai berita menarik setiap hari, ohmedia.my berjaya merekodkan hampir 10 juta kunjungan setiap bulan. Lebih mengagumkan lagi, pengikut di barisan media sosial kami telah melebihi 5 juta rakyat Malaysia yang sentiasa setia berada di belakang Oh! Media.

Senarai Jenama Paling Popular Di Malaysia Menurut Social Bakers

Pencapaian ini menjadikan Oh! Media kekal di tangga pertama sebagai jenama terkemuka, bersaing dengan banyak jenama besar lain, termasuk klien kami sendiri. Woah!

Paparan Skrin Laptop Yang Menunjukkan Facebook Page Oh Media

Kisah Tentang Gabungan Semua Website.

Dengan gabungan pelbagai website popular di bawah OH MEDIA NETWORK seperti blog peribadi Justkhai (kini Oh! Khai), Oh! Artis, Oh! Tidak, Oh! Islam, Oh! Geekz (kini Oh! Tech), dan banyak lagi, ohmedia.my kini menjadi portal terbesar dalam kelasnya. Laman ini menyajikan pelbagai berita harian paling menarik untuk melengkapkan ‘daily doses’ anda setiap hari.

Ohmedia memories

Misi Tahun 2020 & Seterusnya.

Gambar Kumpulan Imedia  Oh Media Pada Tahun 2020

\

Tahun 2020 telah menyaksikan pengambil-alihan dan penggabungan Oh Media Sdn Bhd bersama rangkaian iMedia Asia Sdn Bhd & Catcha Digital Berhad secara rasminya telah dimeterai. Penggabungan ini telah menjadikan Oh! Media sebahagian daripada gergasi industri digital media dan pemasaran di Malaysia bersama beberapa lagi jenama tempatan lain, di bawah satu bumbung.

Imedia buy ohmedia

Jadi begitulah kisah tentang Oh! Media yang sebelum ini mungkin anda tidak pernah tahu. Dari sebuah hobi seorang anak muda serba kekurangan dan kini terus berkembang kepada sebuah jenama yang disegani dengan sokongan anda semua. Terima kasih kerana membaca hingga ke tahap ini dan teruskanlah menyokong kami apa-adanya.

We lead, others follow.

– KHAI HASSAN
Pengasas & Pengarah Oh Media Sdn. Bhd.
www.justkhai.com

Ke Atas