Umum

Ustaz Ebit Lew Mohon Bantuan Orang Baiki Lif Rosak Lebih 2 Tahun Di Flat Jinjang Utara

Published on

Selepas melalui hari yang sukar, nampaknya pendakwah bebas Ebit Lew tidak pandang ke belakang lagi apabila menjadi lebih bersemangat untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Terbaru, perkongisannya di Instagram semalam telah menunjukkan satu lagi situasi yang menyentuh hati netizen apabila Ebit Lew memberikan bantuan di Flat Jinjang Utara. Bantuan kali ini sedikit berbeza apabila mereka terpaksa menaiki tangga dan perlu menaiki flat setinggi 14 tingkat itu.

Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14. Ramai chinese, India, Melayu saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. – Kata Ebit Lew

Dari apa yang diberitahu, hanya 1 lif sahaja yang berfungsi untuk setiap blok dan lif lain sudah rosak lebih 2 tahun. Hal ini menyebabkan rasa sedih Ebit Lew dan ingin mencari sesiapa yang dapat memberikan bantuan untuk membaiki semua lif yang sudah rosak dalam kadar segera.

Rasa sedih ini ditambah bila mengenangkan nasib semua oku, warga emas dan ibu tunggal yang terpaksa melalui hari-hari yang sukar di sana. Walaupun mungkin sudah menjadi kebiasaan semua penduduk di sana, ia bukanlah bertanda mereka tidak perlu menerima bantuan.

Berikut adalah perkongsian penuh Ebit Lew di Instagram.



Begitulah apa yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar. Kalau korang rasa ingin membantu tetapi tidak mampu untuk turun padang, bolehlah menghulurkan bantuan ke Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di akaun bank CIMB 8603546376 seperti yang dikongsikan Ebit Lew.

Sumber: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang ikuti bantuan Ebit Lew di Facebook Oh! Media.



Comments

Exit mobile version