Oh! Artis

Bila Legend Berkata-Kata, Tindakan Sendiri Yang Memakan Diri

Published on

Sekarang ni memang tengah hangat isu beberapa artis yang meminta kerajaan untuk memberikan bantuan khusus kepada mereka kerana dikatakan yang penggiat seni terjejas periuk nasi mereka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak covid-19 yang sedang melanda. Sepertimana yang kita tahu, ramai pihak yang tak berapa menyokong apa yang dipertengahkan mereka, tidak terlepas juga dengan beberapa artis yang lain.



Pengarah terkenal, Mamat Khalid juga bersuara tentang isu ini di ruangan Instagram miliknya dan mengatakan yang ada sikap segelintir artis yang suka sangat berkongsi gaya hidup mewah dan barangan-barangan yang ternilai harganya di media social mereka. Mamat Khalid juga mengatakan yang sesiapa yang melakukan amal jariah juga digalakkan untuk berahsia dan apatah lagi menunjuk-nunjuk kekayaan yang kita miliki.

Katanya juga, tindakan segelintir artis tersebut seolah-olah memakan diri mereka yang kononnya menyebarkan kemewahan hidup hanya sebagai perkongsian. Mamat Khalid juga turut bersimpati dengan mereka yang menjadi buah mulut netizen diluar sana dan semoga mereka yang dikecam itu mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Sumber : Mamat Khalid

Comments

Exit mobile version