Umum

Sultan Johor Berkenan TMJ Untuk Terus Terajui Skuad Bola Sepak JDT

Published on

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan supaya Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

BACA: Sultan Johor Lantik TMJ Selaku Pemangku Raja Johor

Perkara ini telah diumumkan dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Sultan Johor, oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah bertitah pada 16 Jun 2022, berkenan supaya Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk pengetahuan, pada 9 Jun lalu, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bakal berundur daripada mengendalikan pengurusan skuad JDT kerana memiliki tanggungjawab dan komitmen lain.

Kredit: Facebook | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Exit mobile version