Umum

Seorang Lelaki Tersilap Samun Apabila Mangsa Merupakan Atlet Wanita MMA

Published on

Cubaan seorang lelaki untuk menyamun bertukar tragedi apabila dia dibelasah teruk oleh mangsa yang ingin dirompak, Polyana Viana iaitu atlet MMA yang juga turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.

Ini mungkin sesuatu yang malang buat lelaki terbabit apabila telah tersilap memilih mangsa kali ini. Polyana Viana yang merupakan juara Ultimate Fighting Championship, UFC bagi kategori strawweight itu dilaporkan berjaya menewaskan suspek dengan pantas dengan memberikan dua tumbukan serta sepakan sebelum mengunci suspek dengan teknik ‘rear-naked choke’.

Lelaki terbabit kemudian menyerah kalah dan dilihat pasrah menunggu ketibaan polis setelah dibelasah teruk.

Dalam kejadian itu, Viana dikatakan sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapurinya dan suspek juga dilihat mempunyai sepucuk pistol tetapi tidak sempat melakukan apa-apa.

Walaubagaimanapun, Viana mendapati pistol yang dimiliki suspek hanyalah sebuah replika diperbuat dari kadbod tebal. Viana juga turut berkongsi foto keadaan suspek yang berdarah dan lebam sementara menunggu polis tiba.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version