Apa nak jadilah dengan manusia zaman sekarang, demi untuk memenuhi kehendak nafsu, seorang pengawal keselamatan sanggup merogol anak teman wanitanya sendiri dimana anak tersebut merupakan gadis bawah umur. Namun lebih mengejutkan, setelah dia ditangkap dan disabitkan kesalahan, dia berdepan dengan 80 pertuduhan untuk kesalahan yang sama.
Menurut info, dari pertuduhan pertama hingga ke 80, pengawal keselamatan berkenaan didakwa merogol mangsa tanpa kerelaan di sebuah rumah di Puchong. Apa yang membuatkan Ohmedia geram, teman wanitanya yang juga ibu kepada mangsa cuba untuk mengeluarkan pengawal keselamatan berkenaan dari negara ini ke negara asal, di Sri Lanka. Malangnya pengawal tersebut ditangkap sebelum dia sempat untuk keluar dari negara ini.
Menurut peguam yang handle kes ni, suspek mempunyai akses yang luas untuk melakukan perbuatan ini memandangan kerana mereka tinggal serumah. Mangsa diletakkan dibawah jagaan pengawal keselamatan berkenaan. Ohmedia nak pesan dekat pengikut-pengikut semua, jangan terlalu baik dengan orang asing, kita tidak tahu apa isi hati mereka dan perbuatan yang ingin mereka lakukan, jadi sentiasalah berwaspada agar kejadian yang tidak diingini berlaku.