Oh! Negara

Rihana Petra Dedahkan Kisah Bertemu Dengan Sultan Muhammad V Buat Kali Pertama

Published on

Nampaknya isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V iaitu Rihana Oksana Petra terus berkongsikan kepada semua tentang kehidupan harinya yang dilihat semakin ceria apabila dikurniakan seorang anak. Walaupun, cara pertemuan Sultan Muhammad V bersama isterinya itu menjadi misteri umum, namun mungkin pendedahan ini dapat menjawab sedikit sebanyak persoalan.

Ini selepas, Oksana melakukan perkongsian di laman Instagramnya mengenai kisah pertemuan dirinya dengan suami yang berlaku pada musim bunga di Eropah, 2 tahun lalu.

Saya menganggap itu sebagai jenaka

Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo.

Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon.

Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan

+ Baca respon pembaca di Oh! Media 

Oh! Makan


Comments

Exit mobile version