Umum

Potongan Gaji Menteri 10 Peratus Akan Diteruskan

Published on

Tabung Harapan Malaysia yang akan ditutup pada hujung tahun ini nampaknya akan diteruskan hanya untuk potongan gaji 10 peratus bagi menteri Kabinet.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata potongan gaji menteri akan disalurkan terus kepada pendapatan kerajaan dan bukan lagi Tabung Harapan.

“Selagi saya tidak mendapat arahan lain, gaji menteri akan terus dipotong,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan gaji pokok menteri dipotong 10 peratus serta-merta sebagai tanda prihatin terhadap masalah kewangan negara.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang menaikkan gaji menteri walaupun gaji golongan itu lebih rendah daripada pegawai tinggi kerajaan.

Kerajaan Johor, Pulau Pinang dan Kedah turut mengumumkan potongan 10 peratus gaji Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Exco untuk disumbang kepada Tabung Harapan.

Comments

Exit mobile version