Disebalik kerancakan drama dalam slot popular Akasia iaitu Dia.. Isteri Luar Biasa yang kian menjadi sebutan, ada juga peminat yang mendakwa drama ini tidak bermoral.
Menerusi komen yang ditulis di laman sosial penerbit drama tersebut iaitu Ziela Jalil, peminat tidak berpuas hati dengan jalan cerita dan mesej yang diingin dismpaikan menerusi drama tersebut.
Bagaimanapun, Ziela Jali dilihat membalas komen dari peminat tersebut dengan menyarankan agar mereka yang tidak bersetuju dengan drama tersebut supaya menonton program stesen TV lain kerana kini terdapat banyak pilihan untuk dipilih mengikut citarasa.
Namun, tindakan Ziela membalas komen tersebut dianggap tidak professional oleh segelintir peminatnya.
OHMEDIA: Bukan mudah nak senangkan hati semua orang. Ada orang suka, ada orang tak suka. Lumrah!
Dah lama Oh! Media tak menonton drama yang menyentuh hati selain sarat dengan pengajaran macam ni. Kalau belum tengok, jangan lupa jam 10 malam nanti untuk tonton telemovie "Takdir Cinta" di TV Al-Hijrah (CH114).Tahniah kepada para pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Sheera Iskandar, Azrel Ismail, Liza Semion dan Lia Aszmiza serta syarikat penerbitan Global Solution Resources (https://www.facebook.com/GSRSDNBHD)Jangan lupa pukul 10 malam nanti tau di TV Al-Hijrah saluran 114! <3