Connect with us

Oh! Media

Pembangkang Dilihat Yakin Mencabar Presiden Joko Widodo

0719903be7e0a4044adf3aee32d31fc6jpg

Oh! Negara

Pembangkang Dilihat Yakin Mencabar Presiden Joko Widodo

Hari ini merupakan hari mengundi bagi memilih Presiden di Indonesia dan kini semua pusat mengundi di seluruh Indonesia telah ditutup yang dibuka pada jam 7 pagi tadi.

Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam misi untuk mengekalkan pemerintahannya di Indonesia yang dilihat banyak memberikan kesan yang positif kepada negara itu.


IKLAN

Untuk pengetahuan korang, Jokowi merupakan ahli perniagaan perabot dan telah memasuki dunia politik sejak 14 tahun yang lalu sebagai datuk bandar.

Pada pilihan raya kali ini, Jokowi berdepan dengan bekas jeneral Prabowo Subianto yang begitu hampir menewaskannya pada tahun 2014.

Keputusan kiraan awal undi tidak rasmi PEMILU akan diumumkan dua jam selepas pusat mengundi ditutup. Calon presiden yang menang akan diketahui lewat hari ini.

Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan diketahui Mei nanti.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas