Umum

PDRM Tetap Tidak Bersetuju Untuk Meluluskan Penggunaan Ganja

Published on

Awal tahun hadapan, Kerajaan Thailand akan membenarkan penggunaan ganja di dalam perubatan dan ia menjadikan Thailand sebagai negara Asia pertama yang membenarkan penggunaan bahan terlarang itu.

 Walaubagaimanapun, Malaysia tetap bertegas untuk menghalang penggunaan ganja ini dan ia dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM yang tidak bersetuju dengan langkah meluluskan penggunaan bahan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata perkara sedemikian akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

“Kami juga khuatir dengan kemungkinan lambakan ganja yang akan diseludup masuk ke negara ini dan PDRM tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat oleh kerajaan Thailand.

“Oleh yang demikian, PDRM berusaha meningkatkan kawalan di seluruh sempadan negara supaya tidak berlaku kegiatan penyeludupan ganja termasuk pelbagai jenis dadah lain,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version