Umum

Nokia 9 Bakal Tampil Garang Dengan 7 Kamera

Published on

Berdasarkan gambar yang tertiris, Nokia 9 dikatakan bakal mengeluarkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan 5 kamera pada bahagian belakang dan 2 kamera di bahagian hadapan.  Lebih unik, lima kamera yang disertakan ini disusun secara bentuk heksagon.

Dari segi spesifikasi, Nokia 9 bakal menjadi telefon pintar terhebat keluaran Nokia dengan penggunaan processor Snapdragon 845 beserta RAM 4/6 GB.

Setakat ini, pihak Nokia masih belum lagi mengongsikan apakah fungsi setiap kamera yang ditawarkan pada bahagian belakang. Walaubagaiamanapun, kami yakin kehadiran lima kamera pada bahagian belakang ini pastinya membuatkan ramai yang teruja.

Comments

Exit mobile version