Oh! Lifestyle

Model Terbaru Yamaha R25 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tahun Hadapan

Published on

Bagi peminat motosikal, nampaknya model terbaru motorsikal Yamaha YZF-R25 2019 dikhabarkan bakal memasuki Malaysia pada tahun hadapan.

Yamaha YZF-R25 2019 dijangka dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada separuh pertama tahun hadapan oleh Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) dan difahamkan harganya tidak banyak berbeza atau mungkin lebih sedikit berbanding model semasa.

Model yang diperbaharui dengan penampilan lebih agresif dengan Lampu LED dan bentuk badan lebih tajam itu, dilancarkan serentak ke seluruh dunia dengan satu lagi model untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) iaitu YZF-R3 sempena majlis Ulang Tahun Ke-20 Siri R-1 yang diadakan di sini hari ini.

Model terbaru ini juga dikatakan akan dihasilkan di kilang Yamaha Indonesia yang akan dinaik taraf dengan rupa bentuk lebih segar dan sporty. Ini dilihat mampu mengukuhkan lagi dominasi Yamaha dalam kategori motosikal 250cc.

YZF-R25 akan dilengkapi 249cc sejukan cecair, 4-strok 2-silinder sebaris DOHC dan 8-injap dengan piston aluminium ringan bagi menghasilkan pecutan yang lancar dan kuasa yang mudah dikawal.

Comments

Exit mobile version