Umum

Mazidul Akmal Sidek Semakin Pulih

Published on

Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek mengalami keadaan koma akibat serangan strok pada Julai lalu dilaporkan beransur pulih.

Berita itu dimaklumkan oleh sumber terdekat Mazidul namun tidak dapat menjelaskan secara terperinci keadaan Mazidul ketika ini. Bekas pengacara 999 itu masih lagi di rawat di Pusat Perubatan Pantai.

“Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya,” kata ahli keluarga terdekat personaliti itu.

Mazidul sebelum ini dilaporkan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara malah separuh daripada tempurung kepalanya terpaksa dibuang.

OHMEDIA: Kami mendoakan semoga Mazidul Akmal Sidek kembali sihat seperti sedia kala.

Comments

Exit mobile version