Oh! Lifestyle

Malaysia Bakal Jadikan Putrajaya Sebagai Hab E-Sukan

Published on

Perkembangan hab sukan elektronik, eSport dilihat semakin menggalakkan dan berkembang di Malaysia. Ini berikutan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan terbesar di Asia.

Terkini menurut Datuk Dr. Aminuddin Hassim, iaitu presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) menyatakan bahawa mereka bakal membawa hab e-sukan tersebut di Putrajaya menjelang pertengahan tahun ini. Menurut beliau, mereka kini sudah pun berbincang dengan beberapa pihak yang terlibat di dalam industri buat hub tersebut.

Ini dilihat sebagai satu usaha yang baik jika ia diadakan di Malaysia kerana ia selari dengan tibanya e-sukan di Sukan SEA dan Liga Nasional buat Malaysia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version