Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan iaitu BTS sekali lagi menyapu bersih anugerah Top Social Artist di Billboard Award 2019 yang dimenangi selama tiga tahun berturut-turut.
BTS juga dikejutkan dengan kemenangan bagi kategri Top Dua/Group yang berjaya mengalahkan artis dari Hollywood seperti Maroon 5 dan Imagine Dragons.
Selain BTS, kumpulan K-Pop yang lain seperti EXO dan GOT7 turut tersenarai di dalam Billboard, namun undian dikuasai oleh BTS. Nampaknya, memang betul-betul buat kerja peminat BTS seluruh dunia.