Umum

Keadaan Semakin Tegang Antara Zionis Israel dan Gaza

Published on

Tentera Zionis Israel menempatkan beberapa buah aset ketenteraan mereka di sempadan Israel-Gaza sebagai persiapan jika berlaku perang.

Keadaan menjadi semakin tegang selepas Zionis Israel melancarkan serangan udara ke beberapa tempat di Gaza yang menyebabkan seorang rakyat Palestin terkorban dan 8 orang cedera termasuk 6 orang kanak-kanak yang dalam perjalanan ke sekolah.

2 laluan logistik juga telah disekat sebagai respon serangan roket dari Gaza.

Briged al-Qassam, Briged Saraya al-Quds serta fraksi-fraksi pejuang yang lain mengingatkan rejim Zionis Israel supaya tidak tersilap percaturan kerana senjata-senjata mereka sentiasa tertuju kepada Israel, dalam satu kenyataan gabungan.

Dalam pada masa yang sama, penduduk Gaza tetap meneruskan perhimpuan aman Great Return March pada hari ini walaupun telah ramai terkorban menjadi mangsa sniper Zionis Israel yang menembak tanpa sebab.

Beberapa serangan belon api juga dilancarkan ke arah Israel. Doakan saudara-saudara kita di Gaza.

Comments

Exit mobile version