Umum

Hugh Jackman Terima Kejutan Diiktiraf Guinness World Records

Published on

Setelah lebih 16 tahun memegang watak sebagai Wolverine dalam beberapa siri filem Marvel, kini Hugh Jackman telah mendapat pengiktirafan dan anugerah Guinness World Records.

Penganugerahan yang diberikan menerusi rancangan ‘This Morning’ itu telah membuatkan Hugh Jackman terkejut dan ia merupakan satu pengiktirafan kepada dirinya setelah memegang watak adiwira dalam filem Marvel paling lama selama 16 tahun dan 228 hari.


Anugerah terbabit turut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Editor Guinness World Records, Craig Glenday. Malah, Patrick Stewart yang memegang watak Profesor X atau Charles Xavier turut mendapat anugerah yang sama berikutan mereka bermula dan berakhir bersama-sama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version