Oh! Negara

Huawei Failkan Saman Ke Atas Amerika Syarikat

Published on

Kini giliran Huawei pula untuk saman Amerika Syarikat. Nampaknya perang ekonomi diantara China dan Amerika Syarikat tidak akan terhenti begitu sahaja setelah mereka menyekat satu persatu syarikat yang datang dari Negara China.

Terbaru, Huawei Technologies Co. telah menyaman Amerika Syarikat kerana telah menyita peralatan telekomunikasi pegawainya dan menyiasat leset eksport peralatan berkenaan.

Untuk pengetahuan korang, pihak Huawei ingin mengetahui sama ada peralatan terbabit boleh ‘dipulangkan’ semula ke China. Sebenarnya, peralatan-peralatan itu dihantar ke sana (Amerika Syarikat) untuk diuji.

peguam Huawei mengatakan bahawa peralatan itu dihantar ke makmal California untuk ujian pada Julai 2017 dan ianya berada di bawah kawalan eksekutif unit A.S. Huawei. Dalam perjalanan pulang ke China, peralatan tersebut telah dirampas di Alaska.

Firma China itu menjelaskan bahawa pihak Huawei sebenarnya telah menyediakan semua maklumat yang diperlukan sewaktu penghantaran berkenaan yang tidak memerlukan lesen di bawah Peraturan Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat.

Sumber: Bloomberg

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Exit mobile version