Umum

Elfira Loy Akhiri Zaman Bujang Sebagai Pembuka Tahun Baru

Published on

Bersempena dengan sambutan tahun baru hari ini, pelakon Elfira Loy sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar dengan hanya sekali lafaz pagi tadi.

Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, upacara yang bermula jam 9 pagi tadi itu berlangsung dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Elfira yang ayu mengenakan persalinan rekaan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini turut memaklumkan berita pernikahannya dengan berkongsi sekeping gambar di Instagram, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 5 Januari ini di ibu negara.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version