Seorang YouTuber baru-baru ini ditahan reman kerana disyaki mencabul seorang pekerja yang berlakon dalam drama pendeknya pada Ogos lepas. Walaupun Ohmedia tak berikan maklumat tentang YouTuber tersebut, tapi netizen memang laju je buat kerja dan mention satu nama YouTuber ni. Kah! Lain macam.
Menurut laporan Harian Metro, YouTuber tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas ditahan reman Khamis lalu. Eh dah kenapa bebas? Tapi korang jangan risau, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes ini dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris.
Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap
Sebelum ini, YouTuber yang berusia 22 tahun ini ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Kejadian cabul ini dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran di sebuah homestay yang membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun.
Pada awalnya, YouTuber tersebut menawarkan sebanyak RM600 kepada mangsa untuk berlakon dalam drama pendeknya dan mengajak mangsa tidur di sebuah homestay kerana penggambaran masih belum habis dan perlu sambung pada esok harinya.