Oh! Artis

Yasmin Hani Dan Alif Hadi Muat Naik Foto Berpelukan, Netizen Gesa Cepat Bernikah

Published on

Baru-baru ini, personaliti TV dan pelakon Yasmin Hani ada memuat naik beberapa foto di laman Instagramnya bersama kekasih hatinya, Alif Hadi.

Perkongsian itu walau bagaimanapun telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan warga netizen apabila dilihat Yasmin dan Aliff berpelukan sambil memakai pakaian serba hitam.

Malah, di dalam foto berkenaan pasangan itu kelihatan begitu mesra seperti sudah berumah tangga.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut aktres itu mendoakan agar pasangan ini cepat bernikah supaya dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Namun, ada segelintir netizen yang menegur kemesraan mereka tunjukkan dianggap tidak manis dipandang dan tidak sesuai kerana mereka belum bernikah.

Sebelum ini, Yasmin Hani pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dengan bekas suaminya Sha’arin Mohamed Razali.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong sebelum bercerai pada tahun 2011.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version