Trending
“Yang Makan Ubat Dan Gila Ni La Yang Beria-Ria Kau Nak Kahwin Dulu” – Isteri Haqiem Stopa
Isteri Haqiem Stopa sebak pertahan anak daripada kecaman tapi ada yang tuduhnya gila.
Nampaknya kontroversi melibatkan pempengaruh Haqiem Stopa semakin panas apabila isterinya, Aireena Sofia tampil meluahkan rasa kecewa dan sebak di media sosial.
BACA: Didakwa ‘Ciplak’ Resepi Auntie Ja, Netizen Tuntut Haqiem Stopa Beri Penjelasan
Apa yang lebih menyedihkan, anak kecil mereka turut menjadi mangsa kecaman netizen walaupun tidak bersalah.
“Jangan cabar I bukak mulut semua benda” – Isteri Haqiem Stopa
Dalam perkongsian itu, Aireen menegaskan anak yang baru lahir itu langsung tidak ada kaitan dengan isu yang diperkatakan dan tidak sepatutnya dipersalahkan.

Jelas Aireen lagi, dia tidak akan berdiam diri jika ada pihak yang terus mengaitkan anaknya dalam isu ini. Malah, dia tidak mampu memaafkan kata-kata kejam yang ditujukan kepada anaknya.
Sekiranya orang bercakap tentang anak i, secara berlebihan. I takkan duduk diam, jangan cabar untuk i bukak mulut semua benda. I takkan maafkan apa yang orang cakap tentang anak i, banyak orang kejam dan keji.
Aireen dituduh gila, suami langsung tak pertahankan?

Selain itu, Aireen turut memuat naik hantaran yang seakan menyindir pihak tertentu yang dikatakan membuat siaran langsung sambil memperlekehkan dirinya.
While orang tengah cakap pasal wife kau depan muka kau, yang makan ubat dan gila ni la yang beria-ria kau nak kawin dulu. Bila dah dapat kau biar je orang hina mak kepada anak kau. TERIMA KASIH, aku akan ingat sampai MATI.
Luahan itu jelas menunjukkan betapa peritnya perasaan Aireen apabila dirinya serta anak kecilnya terus dihujani kecaman daripada orang ramai.
Pssttt! Harap semua pihak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata kerana kadang-kadang ia boleh jadi luka yang dalam untuk orang lain.
Kredit: TikTok Jane
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM