Bertindak di atas aduan itu, HTJ dalam satu kenyataan media berkata satu siasatan telah dijalankan dengan serta merta. Pihaknya juga mengambil beberapa langkah penambahbaikan seperti menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah.
Selain itu, pihak hospital menitikberatkan penjagaan kebersihatan di sekitar hospital terutamanya wad.
Pihak konsensasi penyelenggaraan hospital juga telah diarahkan untuk mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan kuantiti pemasangan perangkap telah dipertingkatkan bagi mengatasi masalah tersebut.
Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan, Unit Entomologi dan Pest juga dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal.