Sehinggakan, kereta ini mendapat jolokan nama ‘King Myvi’ kerana kehebatannya dan kelajuannya yang dilihat mampu menyaingi kenderaan jenama hebat dunia.
Guna Myvi tarik lori trak
Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi digunakan untuk menunda sebuah kenderaan.
Dapat dilihat, kenderaan yang ditunda Myvi berkenaan merupakan sebuah lori trak yang jauh lebih besar daripada saiz ‘King’ tersebut.
Lebih mengagumkan ialah, Perodua Myvi yang dipandu seorang pemuda itu tidak menghadapi sebarang masalah ketika menunda lori trak berkenaan.
Netizen kagum lihat video tersebut
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kehebatan Perodua Myvi tersebut yang tidak mempunyai sebarang masalah menunda kenderaan yang jauh lebih besar daripada saiznya.