Bagi pasangan pengantin baru, ‘unboxing’ hadiah yang diterima daripada para tetamu merupakan momen yang menyeronokkan.
Bukanlah nilai yang menjadi ukuran, tetapi sebenarnya tanda ingatan para tetamu itu sendiri menjadikan ianya satu kenangan bermakna.
Namun, lain pula jadinya apabila pasangan pengantin ini menerima satu kotak hadiah ‘misteri’. Di dalam kotak besar dan dibalut kemas itu, terdapat bekas air lama yang sudah berhabuk siap ada sarang labah-labah. Ianya juga berbau busuk dan kotor.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila di kotak hadiah tersebut tiada nama pemberi.
Tambahnya lagi, ketika hadiah dibuka keluarganya tidak mengizinkan pengantin pegang. Mereka mengambil keputusan untuk membuang sahaja hadiah tersebut.
Meh sini nak cerita bila dapat hadiah kahwin yang misteri dan buruk. Duk happy buka hadiah tiba-tiba… Hadiah ni i tak tahu siapa bagi tak ada nama tak ada kad. Kotak besar dan dibalut kemas je.
Pengantin ini bagaimanapun meminta maaf dan sebenarnya menghargai pemberian itu. Tetapi dia terpaksa membuangnya kerana berasa pelik.
Kredit: TikTok @ninaaanana
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.