Seperti video viral di TikTok ini, netizen mendakwa melihat kapas yang diletakkan di hidung pelakon semasa scene meninggal dunia tiba-tiba ‘terbang’ menandakan pelakon sedang bernafas.
Netizen yang sepatutnya sedih melihat Mak Yek (Didie Alias) mencium kaki dan meratap pemergian suaminya, Pak Mat (Mubarak Majid) menjadi terhibur gara-gara kapas itu.
Dalam episod yang ke-38 , Pak Mat meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Mak Yek yang sering berlaku berkasar dengan suami dilihat meminta ampun disaksikan jiran tetangga yang lain.