Trending

(Video) Netizen Selar Individu Paksa Anjing Jalan Laju, Pegang Tali Dari Dalam Kereta

Published on

Isu penderaan di Malaysia tidak hanya berlaku dalam kalangan manusia sahaja bahkan, haiwan yang tidak berakal dan tidak berdosa turut menjadi mangsa penderaan.

BACA: Jabatan Veterinar Sahkan Penyakit Demam B*bi Afrika Dikesan Di Negeri Sembilan

Viral sampai dapat

Semalam tular di Twitter, video individu yang tidak bertanggungjawab melakukan penderaan terhadap anjing peliharaannya.

Kejadian yang berjaya dirakam dikatakan berlaku di Skudai, Johor itu menunjukkan individu yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi melakukan penyeksaan terhadap seekor anjing dengan mengeluarkan tangannya melalui tingkap kereta sambil memegang tali dan menyeret anjing berkenaan di atas jalan raya.

Difahamkan perakam telah membuat laporan polis dan siasatan lanjut mengenai kejadian ini akan dijalankan.

Netizen mengecam teruk tindakan individu terbabit

Tindakan yang tidak bermoral itu turut mendapat kecaman dari netizen yang lain.

Anjing ditinggalkan di tepi jalan

Diharapkan individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu segera ditangkap dan mendapat hukuman yang setimpal.

Buat pembaca Oh! Media, elakkan lah dari bersifat sebegini. Haiwan juga makhluk ciptaan Tuhan.

Kredit: Twitter Jabatan Netizen Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version