Ini kerana, perkara ini boleh mendatangkan masalah kesihatan mental dan juga fizikal buat anak-anak yang lemah dan masih kecil itu.
Pengasuh paksa makan cili
Tular satu video di Facebook memaparkan seorang pengasuh yang dilihat sedang mendera seorang anak jagaannya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.
Menerusi video tersebut dapat dilihat pengasuh berkenaan bertindak kasar dengan memukul kanak-kanak itu ketika waktu makan.
Lebih menggeramkan lagi ialah, kanak-kanak tersebut dipercayai dipaksa untuk menelan cili.
Polis masih belum terima sebarang laporan
Dalam pada itu, menurut satu lagi sumber dikeluarkan Majoriti, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lain memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu.