Sehubungan dengan itu, beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu akan dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan, lapor Awani.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam waktu yang terdekat.
Kami telah mengenal pasti beberapa individu daripada pihak penganjur dan akan dipanggil untuk rakam keterangan.
Pihak polis tidak menerima permohonan untuk berhimpun daripada penganjur jadi kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.
Perhimpunan tular di Twitter
Untuk info, perhimpunan yang melibatkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 di Tugu Negara itu mula tular di Twitter, semalam.
Difahamkan, seramai 1000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari seluruh negara berhimpun beramai-ramai bagi menyuarakan tuntutan supaya kebajikan mereka dibela pihak kerajaan.
Sudah lapan tahun gunakan saluran yang betul tetapi tiada jawapan
Yup, 8 tahun mejar tu sebut tadi. Ada yang persoal kenapa tak guna saluran betul, dia kata 8 tahun dah guna saluran betul. Dia siap tunjuk bag dia, penuh dokumen yang dia buat untuk tuntut hak veteran 😭 pic.twitter.com/eyC9bDYz0g