Siapa sangka hidangan daging singgang merupakan makanan terakhir dinikmati Wan Azlan selepas dia dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jertih, Besut Terengganu.
Kakak mangsa yang dikenali sebagai Wan Suria berkata, adiknya pulang dari tempat kerja pada jam 5.15 petang terus ke dapur untuk panaskan daging singgang dan makan.
Dia makan daging singgang lalu tercekik daging, mungkin disebabkan lapar baru balik kerja dia terus menelan saja daging itu walaupun uratnya sedikit liat susah hancur.
Mangsa ketika itu memaklumkan tercekik dan sukar bernafas. Mangsa meronta meminta tolong daripada ibu. Pada masa itu, Wan Suria cuba menolong tetapi tak berjaya.
Kata Wan Suria lagi, dia sempat meminta adiknya mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri.
Arwah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital besut dan disahkan meninggal dunia jam 5.50 petang.
Kakak kepada mangsa memberitahu adiknya sebelum ini tidak pernah memakan juadah tersebut kerana lauk kegemarannya hanyalah ayam. Bukan itu saja, mangsa juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang.