Tular di platform X, mengenai satu video yang memaparkan beberapa wanita seksi beraksi di sebuah konsert yang dikatakan berlangsung di Kelantan.
Berikutan dengan video berkenaan, rata-rata netizen mempersoalkan pendirian satu parti politik yang sebelum ini bertegas untuk membatalkan konsert Coldplay.
Difahamkan, parti tersebut membenarkan acara sedemikian diadakan tanpa sebarang bantahan di negeri mereka.
Namun, seorang netizen telah tampil memberi penjelasan bahawa konsert berkenaan merupakan sebuah majlis agama Buddha diberi nama Thodphapha, berlangsung secara tertutup di rumah ibadat orang Siam dikenali sebagai Wat
Ni konsert di Wat (rumah ibadat orang Siam Buddha). Di mana Wat-Wat di Kelantan sekarang mengadakan majlis Thodphapha.
Konsert ini diadakan dalam kawasan Wat dan hanya melibatkan pengunjung Wat, tapi tak bermakna orang luar tak boleh masuk.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut mendedahlan bahawa acara berikut telah lama diadakan dan diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Kelantan sebagai salah satu cara toleransi terhadap agama lain.
Majlis Thodphapha diadakan setiap tahun, dan konsert begini memang dah wujud lama, sejak aku kecil dah ada, benda ni dah biasa.
Konsert ini diadakan secara tertutup, bagi kami bukan Islam di Kelantan terutamanya sewaktu perayaan, konsert sebegini dibenarkan. Antara toleransi yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti sampai sekarang.
Malah, individu itu turut berharap agar tiada lagi isu seperti ini dibangkitkan walaupun berlainan pandangan dan persefahaman politik sesetengah pihak.
Hahahahahaha tak sangka hari ni akan tiba Sebagai cino Kelate beragama Buddha, biar ambo cito….jawapannya, ni concert di Wat (rumah ibadat orang Siam Buddha) Di mana Wat Wat di Kelantan sekarang tengah mengadakan majlis Thodphapha (Buddhism’s robe- offering ceremony)… https://t.co/GoLLWGNY1g