Kadang-kadang, mereka gemar muncul pada waktu gelap atau malam. Ia juga tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan hanya seseorang yang mempunyai kelebihan istimewa mampu melihatnya dengan jelas.
Tular video ‘entiti misteri’ bawa batu nisan?
Terbaharu, tular di media sosial baru-baru ini apabila seseorang pengguna media sosial mendakwa melihat penampakan ‘hantu wanita’ membawa batu nisan di Jalan Genting pada waktu malam.
Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama Fareez Effizal yang berjaya merakam entiti itu yang dipercayai turut mengganggu pengguna jalan raya.
Menerusi perkongsian itu, sekumpulan lelaki telah menerima laporan daripada orang ramai dan membongkar identiti sebenar mahkluk berkenaan.
Mereka turut bertindak mengejar individu tersebut sambil membaca ayat-ayat Al-Quran sehingga individu tersebut berhenti seketika.
Selepas disiasat, rupa-rupanya ia adalah seorang individu lelaki. Dia juga turut dipercayai telah menuntut ilmu persilatan yang salah menyebabkan dia jatuh mengelupur apabila mendengar ayat suci Al-Quran.
Selain itu, menerusi perkongsian itu, pemuda tersebut juga turut dikatakan kehilangan ingatan ketika kejadian itu. Namun, selepas dibaca ayat-ayat suci, individu tersebut kembali sedar.
Netizen beri pelbagai reaksi
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi tindakan pemuda itu membawa batu nisan pada waktu malam.
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta tontonan serta seramai 4384 komen telah ditinggalkan.