Trending

Tuduh Rider Curi Air, Lelaki Digantung Kerja Serta Merta, Tampil Mohon Maaf

Published on

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa minuman yang dipesannya menerusi aplikasi Grab ‘lesap’ dicuri rider.

Tweet yang ditulis lelaki ini mengundang rasa marah netizen apabila tuduhan dibuat tanpa usul periksa. Netizen yakin kesilapan berlaku daripada premis minuman dan bukanlah rider.

Ekoran daripada tuduhan tersebut, pihak Grab telah tampil menjelaskan rider sama sekali tidak dibenarkan berada di dalam premis perniagaan. Mereka hanya menunggu di luar sementara pesanan siap. Malah, minuman juga dibungkus dengan rapi sebelum dihantar.

Hal ini turut mendapat perhatian majikan tempat lelaki ini bekerja apabila dia telah digantung tugas serta merta.

Susulan daripada itu, lelaki yang dikenali sebagai Ezrin Nazan ini telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Youtube.

Menerusi video berdurasi 12 minit dan 35 saat, Ezrin mengakui silap kerana membuat tuduhan melulu.

https://www.youtube.com/watch?v=s0W7UcDtL54

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version