Trending

Transformasi ‘Mekap’ Pengantin Ini Dipuji Ramai, Tak Macam 60 Tahun!

Published on

Tampil cantik dan berseri-seri semasa nikah merupakan idaman setiap pengantin baru. Iyalah, di hari istimewa itu, pengantin mestilah mahu kelihatan lebih menonjol daripada biasa. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup bayar mahal untuk servis itu.

BACA: ‘Sanggup Ke Nak Sanding Macam Ni?’ – Pengantin Dakwa Dianaya Mak Andam, Dapat Crown Reput

Seperti perkongsian viral di TikTok ini, seorang jurusolek menerima pujian ramai apabila menghasilkan mekap pengantin yang sungguh luar biasa. Mana tidaknya, pengantin yang berusia sekitar 60-an kelihatan seperti 30-an selepas didandan.

Dalam perkongsian itu, jurusolek yang dikenali sebagai Erma Tahir mendedahkan ketika dihubungi, pengantin terus terang memberitahu dia sudah berusia. Dia ingin kelihatan berseri di hari bahagianya.

Hasilnya, anda lihatlah sendiri. Memang cantik dan tak nampak berusia langsung!

@ermatahir

Alhamdulilah dipermudahkan urusan🥰 Selamat pengantin Baru Pengantin 1st impression berseri di hari bahgia ##makeupbyermatahir ##wedding ##busana

♬ Di Renjis-Renjis – R.Ismail

Di ruangan komen, netizen membanjiri posting memuji hasil solekan wanita ini yang sangat kemas dan tidak keterlaluan. Yang penting, mekap pengantin dilihat sempurna dengan kecantikan semula jadinya.

Kredit: TikTok Erma Tahir

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version