Dapat kita lihat, harga barangan yang dijual di pasaran semakin hari semakin meningkat. Isu ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat yang kian terasa dengan peningkatan harga barang ini.
Semalam tular di Twitter satu ciapan dibuat seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas mendapati harga ayam meningkat secara mendadak.
Apa ke babi ayam naik sampai RM11/kg harini. Apa cerita @kpdnhep ???? Nak buat kerja ka????
Menurut pengguna @farisziskan itu, dia agak berang dengan keadaan itu kerana harga ayam yang dilihatnya beberapa hari sebelumnya adalah berbeza.
Pemuda berkenaan yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini turut ‘memetik’ akaun Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia,(KPDNHEP) dan menyeru agar tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.
Harga bahan lain turut naik
Perkongsian pemuda ini mendapat respon dari warganet di Twitter. Rata-rata mereka turut meluahkan rasa tidak puas hati dan memaklumkan bahawa harga barangan lain seperti ikan, daging, milo turut meningkat.
Diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil tindakan agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.