Trending

“Tiada Tuhan Selain Nisa Ai”, Tuan Badan Minta Individu Yang Komen Bertaubat

Published on

Sebelum ini, pempengaruh, Nisa tampil meluahkan rasa kurang senang apabila komen “Tak boleh lawan Nisa Ai” telah ditinggalkan di video TikTok yang memaparkan isu-isi sensitif.

BACA: Komen “Tak Boleh Lawan Nisa Ai” Di TikTok Buat Netizen Bengang, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, seorang individu sekali lagi meninggalkan ayat berkenaan di ruangan komen platform TikTok sehingga membuatkan Nisa kesal.

Menerusi tangkap layar tular yang dimuat naik, individu berkenaan menyifatkan pempengaruh itu seperti tuhan sehingga mengundang perhatian ramai.

Tiada tuhan selain Nisa Ai (Nisa Ai akbar).

Malah, komen berkenaan telah dikecam ramai dan meminta individu terbabit untuk mengucap setelah meninggalkan komen sedemikian di media sosial.

Ini kerana individu berkenaan dilihat seakan mengangkat darjat Nisa Ai lebih daripada Sang Pencipta dan perkara tersebut tidak boleh dibawa main.

Tak lawak ya kau nak mainkan agama. Allahuakbar, sumpah aku speechless (emoji menangis). Mengucaplah dik, tak lawak benda macam ni kau nak buat joke (lawak)!!!.

Dalam pada itu, Nisa turut meminta individu terbabit untuk kembali ke pangkal jalan jika dia benar beragama Islam.

Pempengaruh yang juga salah seorang ‘talent’ YouTuber terkenal, Alief Irfan tidak pernah mengaku dirinya orang yang hebat atau ‘tuhan’.

Nisa juga meminta ibu bapa di luar sana menjalankan peranan untuk memantau aktiviti anak-anak mereka terutama di media sosial.

Katanya, tanggungjawabnya hanya setakat boleh memberi teguran dan penjelasan agar tidak lebih ramai terpesong akidah atau meninggalkan sebarang komen kurang ‘cerdik’.

Bukan itu sahaja, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia sudah melampaui batasan.

Kredit: TikTok Nesslow

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Makin besar pulak isu pasal mak cik Kemboja ni.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version