Trending

Tersebar Video Individu Didakwa Penasihat Agama Raja Goyang Kepala Dalam Kelab Malam

Published on

Beberapa hari lepas, tersebar satu video di dalam sebuah kelab malam di mana menunjukkan seorang lelaki yang didakwa merupakan penasihat agama dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam.

Video itu telah dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama, Zaharin Mohd Yassan pada 2 Mei lalu dan ia telah menarik perhatian netizen.

Aku di disko. Dibintangi pelakun utama. Datuk Haji A**** A* K*****. Babak dalam disko gaya orang kena ice. – Tulis Zaharin.

Dalam video dengan durasi 3 minit 24 saat itu, kita dapat melihat seorang lelaki memakai topi bersama dua orang wanita sedang leka melayan lagu di dalam kelab malam terbabit.

Wajah lelaki itu bagaimanapun tidak berapa jelas dan tidak dapat dipastikan siapakah individu itu sebenarnya. Setakat ini masih belum ada mana-mana pihak tampil untuk mengakui mahupun menafikan video yang tersebar.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version