Terbaru, pawang yang dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari itu sekali lagi menjadi bualan dalam kalangan rakyat di Indonesia yang malu dengan tindakannya yang gagal menghentikan hujan di sebuah konsert.
Dijemput ke sebuah konsert
Menerusi hantaran yang dimuatnaik fakta.indo di Instagram, difahamkan Rara Istiani yang lebih mesra dipanggil Mbak Rara itu dijemput bagi mengendalikan hujan sebelum bermulanya acara konsert itu.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kegagalan Mbak Rara itu untuk mengendalikan serta menghentikan hujan.
Viral video sebelum konser Mbak Rara diundang sebagai pawang hujan dan ternyata hujan juga.
Jangan buat kerja tuhan
Perkongsian yang tular di Instagram itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka meninggalkan komen menyatakan bahawa Mbak Rara ini bukanlah seorang pawang yang boleh menghentikan hujan tetapi hanyalah seorang penipu.
Siapalah kita nak menurunkan atau menghentikan hujan. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang berkuasa dan berkehendak atas segalanya.